Selamat Datang
Maklumat Bina Insan | Depan | Pengenalan | Sejarah | Objektif | Aktiviti | Pegawai


Sejarah Bina Insan
Bahagian Bina Insan pada awalnya dikenali sebagai Unit Agama Islam pada tahun 1961 dengan fungsinya untuk mengajar tulisan jawi kepada orang dewasa. Pada tahun 1968, Unit Agama Islam telah ditukar namanya kepada Kelas Agama Islam (KAI) Kelas Agama Islam (KAI) memberikan penekanan kepada kelas Fardhu Ain, kelas pengajaran Al-Quran, Muqaddam, tulisan jawi, penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian dan aktiviti ko-kurikulum seperti sambutan hari kebesaran Islam, pertandingan tilawah dan lain-lain lagi yang dijalankan hanya di 7 buah negeri iaitu Negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan, wilayah Persekutuan dan Pahang.

Pada tahun 1990, Kelas Agama Islam telah ditukar namanya kepada Pendidikan Agama Islam(PAI). Aktiviti yang dijalankan oleh PAI ialah kelas pengajian Al-Quran, kelas pendidikan agama Islam di TABIKA, kelas Latihan Bina Insan dan kelas pendidikan agama Islam kepada aktiviti KEMAS.

Pada akhir Oktober 1996, satu perancangan bagi penyusunan semula kurikulum Pendidikan Agama Islam telah dibuat bagi mengatasi masalah ketidak seragaman perlaksanaan aktiviti di negeri yang terbabit..

Pada tahun 1997 satu program bengkel penyusunan semula kurikulum Pendidikan Agama Islam telah dijalankan dengan memberi tumpuan kepada lima bidang kurikulum Pendidikan Bina Insan yang utama iaitu Kecemerlangan Diri, Kesihatan, Kekeluargaan, Ekonomi dan Sosial dan juga aktiviti-aktiviti Ko-Kurikulum .

Bermula tahun 1998, Unit Pendidikan Agama Islam telah ditukar namanya kepada Unit Pendidikan Bina Insan dengan tumpuan kepada lima bidang kurikulum yang dibentuk sebagai panduan. Pada masa yang sama juga, liputan program Bina Insan diperluaskan kepada semua negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Ekoran daripada itu juga, unit ini telah dinaiktarafkan sebagai Bahagian Bina Insan selaras dengan penyusunan semula organisasi KEMAS pada tahun 2002.


Aktiviti-aktiviti Bahagian Bina Insan
Program Outreach
Diskusi Ilmiah
Forum Islam Hadhari
Integrasi Ilmu Bersama Orang Asli
Program Penjanaan Minda Insan Luar Bandar
Program Pemantapan Syiar Islam
Sambutan Hari Kebesaran Islam
Sambutan Hari Kesenian Islam
Gema Ramadhan
Program Amal Islami
Kursus Sembelihan
Kursus Pengurusan Jenazah
Program Pembangunan Kendiri dan
Keluarga
Kursus Keluarga Bahagia
Seminar Pemantapan Kerohanian
Kem Remaja Ideal
Riadah Belia Hadhari
Program Pemantapan Pengurusan
Bina Insan
Kursus Jawatankuasa Aktiviti Bina Insan


Link
KKLW
http://www.rurallink.gov.my
KEMAS
http://www.kemas.gov.my

Portal Anakku Sayang
http://www.anakku.net.my

Forum Komuniti Anakku
http://www.anakku.net.my/forum
Untitled Document

 
Akses
E-Insan
Emel
Kata Laluan
 
 

Berita KEMAS
MCA, Gerakan donate to fire victims (The Star)
A&W Aims For 100 Restaurants By 2015 (Bernama)
A&W eyes 100 restaurants by 2015 (Business Times (Malaysia))
A&w AIMS FOR 100 RESTAURANTS BY 2015 (Bernama via Yahoo! Malaysia News)
2 nabbed for police station brawl (MalaysiaNews.net)
Pencuri pecah masuk rumah bawa sebaldi najis manusia (The Borneo Post)
Suami isteri miliki dadah, terbabit kes jenayah ditahan (The Borneo Post)
Perompak berparang pecah masuk rumah Malim Ghodzali PK (The Malaysian Insider)
Tuesday March 09 2010 (The Malaysian Insider)
Tuesday March 09 2010 (The Malaysian Insider)

Untitled Document
 
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
Aras 2 - 3, Blok 1, Menara PJH, Presint 2, 62100 WP Putrajaya, MALAYSIA
No. Tel : 03 - 8888 7400    Faks : 03 - 8888 6458 / 6467
 
© 2008 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Hakcipta Terpelihara